Saturday, August 22, 2009

PEJABAT GERAK DITUTUP

Ujian Demi Ujian

Pejabat GERAK di Kelana Square telah ditutup berikutan kekurangan dana bagi menampung kos operasi gerakan civil membenteras korupsi tersebut.


Walaupun pejabat ditutup, namun GERAK sentiasa terbuka menerima sokongan dan penglibatan daripada seluruh mahasiswa dan masyarakat dalam membenteras rasuah dan membangun integriti.

Gerak telah ditubuhkan dengan memfokuskan kepada usaha memperhebat integriti bagi mewujudkan tamadun Malaysia yang berwibawa. Bangsa yang bermaruah akan sentiasa diingati sebagai bangsa yang bertamadun.

Rasuah pada Zaman Tamadun Melayu
Dr Feisal Tehrani telah membongkarkan maksud integriti yang hancur punah semasa lewat pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila pembesar-pembesar bertungkus lumus melakukan rasuah dan penyelewengan, rakyat pula jadi kucar-kacir, Portugis menyerang Melaka.

Rasuah pada Zaman Tamadun Islam Usmaniyah
Kejatuhan Empayar terakhir umat Islam juga tumbang kerana integriti pihak bangsawan. Sebahagian pemimpin- pemimpin khalifah pada waktu tersebut juga tumpas kepada gejala rasuah. Integriti merupakan faktor utama disebalik kejatuhan khilafah Islamiyyah. Tak peliklah jika Nabi saw menjamin perasuah dan penerima rasuah adalah ahli NERAKA.

Justeru, agenda memerangi korupsi merupakan tanggungjawab semua pihak. walaupun tanpa pejabat khas mahupun wisma besar, penglibatan tenaga anak muda amat diperlukan bagi menjayakan agenda tersebut.

Bung Karno pernah menyebut, "Berikan daku 10 pemuda nescaya akanku goncangkan dunia"

Tuesday, July 7, 2009

Confession of an Economic Hit Man

How Capitalist destroy the World? This is REAL and Naked Truth...........
The Author is John Perkins, a former respected member of the international banking community. In his book Confessions of an Economic Hit Man he describes how as a highly paid professional, he helped the U.S. cheat poor countries around the globe out of trillions of dollars by lending them more money than they could possibly repay and then take over their economies

Summary of The Book:

John Perkins describes himself as a former economic hit man–a highly paid professional who cheated countries around the globe out of trillions of dollars.
20 years ago Perkins began writing a book with the working title, “Conscience of an Economic Hit Men.”
Perkins writes, "The book was to be dedicated to the presidents of two countries, men who had been his clients whom I respected and thought of as kindred spirits–Jaime Roldós, president of Ecuador, and Omar Torrijos, president of Panama. Both had just died in fiery crashes. Their deaths were not accidental. They were assassinated because they opposed that fraternity of corporate, government, and banking heads whose goal is global empire. We Economic Hit Men failed to bring Roldós and Torrijos around, and the other type of hit men, the CIA-sanctioned jackals who were always right behind us, stepped in.
John Perkins goes on to write: “I was persuaded to stop writing that book. I started it four more times during the next twenty years. On each occasion, my decision to begin again was influenced by current world events: the U.S. invasion of Panama in 1980, the first Gulf War, Somalia, and the rise of Osama bin Laden. However, threats or bribes always convinced me to stop.”
But now Perkins has finally published his story. The book is titled Confessions of an Economic Hit Man. John Perkins joins us now in our Firehouse studios.
About the Author:
John Perkins, from 1971 to 1981 he worked for the international consulting firm of Chas T. Main where he was a self-described “economic hit man.” He is the author of the new book Confessions of an Economic Hit Man.
===================================================
Islam, Kapitalis dan Sosialis.
Satu perbincangan intelektual yang lebih menuju ke arah perkara pokok dan usuluddin di saat teman-teman teraba-raba mengenali apa itu Islam. Penulis pernah menghadiri Seminar Kapitalis anjuran Malaysia Think Tank London, kesimpulan awal adalah seperti berikut:
  • Kapitalis (pure) menyokong Dasar Islam melalui 4 cabang. (Antaranya Individual freedom, free market, Rule of law)
  • Ada juga orang Islam yang mendokong falsafah ini. Penyamaan Islam dan Kapitalis

Namun, penulis inginkan pandangan daripada tokoh Sosialis. Kesimpulannya juga sama seperti diatas;

  • Sosialis (pure) menyokong Dasar Islam melalui keadilan saksama . (Antaranya Equal distribution, wealth of nation and welfare)
  • Ada juga orang Islam yang mendokong falsafah ini. Penyamaan Islam dan Sosialis

Buku di atas menjelaskan peranan kapitalis untuk rujukan semua.

Monday, June 8, 2009

SIS, Ayah Pin & Hak Kebebasan Suara

Tajuk berita Pas Gesa Siasat SIS telah menimbulkan desakan yang bertubi-tubi daripada parti-parti yang berkoaliasi di bawah nama Pakatan Rakyat. Sila rujuk kenyataan Mustafa Kamil Ayyub yang pada saya sudah tersasar daripada kehendak PAS. Jika kenyataan awal yang keluar daripada Teresa Kok berkemungkinan kerana Exco kanan Negeri selangor tersebut tidak begitu mahir dalam selok-belok agama. Namun, Mustafa Kamil yang juga Naib Presiden PKR itu seolah-olah tersesat daripada garisan menggunakan politik untuk agama kepada menggunakan agama untuk politik. Anda boleh rujuk ABIM untuk peranan Sdr Mustafa. dalam pertubuhan Belia Islam dulu kala.
  • Apakah ini SEMANGAT setiakawan dalam Pakatan Rakyat?
  • Bagaimana jika USUL yang diluluskan bagi melaksanakan HUDUD di Malaysia?

Apa yang penulis perhatikan, usul tersebut hanyalah bersifat positif untuk pihak kerajaan melalui JAKIM bagi menjalankan siasatan terhadap SIS kerana;

  1. Pemahaman yang boleh menyesatkan Aqidah Ummat.
  2. Mempunyai gerakan/usaha yang bertujuan mempengaruhi cara hidup umat Islam.
  3. Mendapat dana daripada sumber yang meragukan.
  4. Mendatangkan ragu-ragu dan membahayakan umat dari segi pemikiran/ideologi.
  5. Mempunyai pengikut tegar.

*Positif dengan arti kata lain menyiasat dan jika benar adanya penyelewengan, maka tindakan tegas perlu diambil.

Pada hemat penulis, kesesatan Aqidah bukan hanya dilakukan/disebarkan oleh Ayah Pin sahaja. Tidak juga Rasul Melayu, Si Kahar itu. Tetapi, thoghut yang hadir pada zaman moden ini adalah melalui penyebaran ideologi yang sesat lagi menyesatkan. Dalam kes ini, Islam Liberal telah mengambil tempat kerana sebab-sebab di atas.

Hak Kebebasan Bersuara juga tidak wajar dijadikan alasan dalam hal agama. Dalam Islam terdapat satu kaedah fiqh yang membenarkan tindakan awal bagi mencegah kemudharatan yang lebih besar pada masa akan datang. Jika JAKIM dan Jabatan agama Islam negeri-negeri telah menfatwakan haramnya Ayah Pin, Maka pengharaman terhadap SIS adalah wajar. Jangan jadikan alasan tersebut untuk membenarkan Islam Liberal.

Teresa Kok perlu memahami apa itu Hak Kebebasan bersuara dalam Islam. Manakala Mustafa Kamil perlu meneliti kembali visionary beliau dalam PKR.

Namun, penulis semakin musykil,

  • Mengapa tiada pemimpin UMNO yang membantah?
  • Tidak pula parti-parti yang bergabung di bawah BN?

Jika inilah yang terjadi dan konsisten hingga qiamat, penulis menyokong penuh Muzakarah antara PAS dan UMNO seperti yang dicadangkan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Yb Khairy . Dalam bab ini penulis bersalahan dengan Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat

Saturday, May 30, 2009

Husam bukan Nasaruddin.

Sudah genap 1 bulan saya tidak menjengah sesawang blog ini. Disebabkan komitmen yang tinggi terhadap "industrial training" yang akan berakhir 13 Julai nanti, banyak isu dan perkembangan mutakhir tidak dapat diikuti secara dekat dan rapat.

Isu 1:
Terbaru berkenaan Siapakah bakal Timb Presiden PAS?

Pelik tetapi tidak mustahil berlaku, jawatan Timb yang dahulunya sepi daripada liputan media tiba-tiba kini menjadi isu hangat di dada-dada akhbar.

Seolah-olah jawatan Timb lebih penting dan berharga daripada Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Ulama mahupun Mursyidul Am Pas.

Tajuk di atas saya dengan sengaja tidak menaip nama Mat Sabu. Namun, tatkala audien mendengar suara Mat Sabu tentunya akan diiringi dengan gelak ketawa. Mat Sabu tetap Mat Sabu....

Husam: Tokoh yang tidak saya kenal secara rapat. Samaada diri mahupun pegawai khasnya/orang-orangnya. Tokoh ini kadang-kadang kelihatan strategis bagi orang yang mula-mula memahami apa itu Strategi.

  • " Nasaruddin juga seorang liberal"- Antara ucapan beliau dihadapan wartawan. (4)
  • " .....berganding bahu bersama Presiden" - Kenyataan terhadap tawaran untuk bertanding. (2)
  • " Akan berjumpa pemimpin BN secara peribadi" - Isu Perak (3)
  • " Hanya orang yang berkelayakan seperti Zaid mampu memperjelaskan kepincangan rasuah"- Sebab penarikan diri dalam Hujah tv9. (1)

Beberapa pendekatan politik yang seakan-akan menjadi hangat diperkatakan sejak 1-2 minggu ini sebenarnya berpunca daripada 1 perkara iaitu MUKTAMAR PAS (yang jatuh pada 6 Jun 2009).

Saya tidak berniat untuk mengulas secara terperinci namun saya ingin berkongsi beberapa strategi perang yang sudah dipraktikan oleh Al-Walid, Tsun Zu, Nazi dan Panglima perang lain. Jawapan saya pada no berwarna merah di atas.

1. Tsun Zu pernah menyebut bahawa ada beberapa faktor yang membantu kemenangan dalam peperangan; antaranya kapasiti/resources.

  • Kenapa Husam tidak mengambil peluang membawa isu Rasuah jika benar-benar ingin memperjuangkannya?
  • Apakah resources yang ada pada Ezam (advantage) menghalang kehadiran beliau?
  • Setahu saya yang agak rapat dengan Sdr Ezam melalui Gerak, beliau begitu optimis menentang rasuah dan rela bersama-sama Husam dalam isu ini.
===> Pada hemat saya, isunya sama iaitu Hadiah/Rasuah Politik. Jika hadiah ditakrifkan sebagai bukan rasuah oleh agama? maka Ust Daud Iraqi melakukan kesilapan. Tetapi jika hadiah dikategorikan juga sebagai rasuah politik. Maka saya bersama-sama dengan Ulama' ini. Mengapa Husam dan beberapa pemimpin melenting tatkala orang dalam membongkarkan isu rasuah dalam parti. Mantan Ketua Dewan Ulama Pas itu juga telah diarahkan oleh Husam bagi mengemukakan bukti Rasuah Politik dalam PAS jika tidak, tindakan disiplin akan diambil. Apakah ini penghormatan kepada ulama' yang bertaraf professional dalam mengutarakan isu rasuah dalam Pas?
* Untuk Mustafa Ali. Biarkan badan yang ada kredibiliti untuk membersihkan PAS. Jangan dicontohi sikap UMNO yang menolak campurtangan SPRM dalam perhimpunan Agung Umno mereka.

2. The Power of One- Kegagalan Nazi menyerang Negara-negara Balkan dikatakan kerana mereka terlebih dahulu menjalin kerjasama dengan Rusia. Kerana Rusia juga antara negara yang terkuat dari segi ketenteraan. Dalam marketing, idea ini diambil oleh Pepsi untuk "merge" dengan Frito Lay-sebuah syarikat makanan bagi memperoleh "market share" yang besar di Amerika Selatan.

  • Dalam Perhimpunan Agung UMNO, calon-calon Timb Presiden dengan sengaja telah berikrar akan membantu Najib sekiranya terpilih. Malahan mahu menjadi gandingan Najib yang mantap.
  • Khuatir sifat kepura-puraan ini menyerap masuk ke dalam PAS. Sila baca http://www.n32.blogspot.com/ bagaimana Roslan SMS menceritakan air muka Tn Guru tatkala ditanya perasaan beliau dipilih sebagai Presiden. Allahuakhbar!


3.Kompetensi - Strategi ini pernah digunakan dalam Perang Badar Sughra dimana tentera Islam memintas barang dagangan milik Abu sufian. Dalam Islam, haram hukumnya apabila seseorang memintas bisnes orang lain setelah mengetahuinya proses transaksi tersebut.

  • Dahulu Husam begitu skeptikal terhadap rundingan meja bulat dengan UMNO tanpa mengetahui isi perbincangan.
  • Namun, secara tiba-tiba dan sengaja membuat pertemuan demi pertemuan bagi membubarkan Dun Perak.
  • Taktiknya bijak apabila terbuka dan sedia untuk bertemu pemimpin yang dikatakan sebulu dalam isu Perak ini.
  • Mat Sabu pun pernah berjumpa Tun Mahathir bertanyakan isu Perak. Tapi kenapa tidak digembar-gemburkan?

    4. Tsun Zu pernah mengatakan bahawa menimbulkan keraguan/propaganda adalah strategi yang paling halus tanpa membazir tenaga.

    Dengan mengatakan pihak lawan juga seakan-akan sama dengan dirinya sudah cukup untuk mengkaburi mata pengundi bagi memilih "advantage" yang lain. Dengan cara ini mudah untuk menang tanpa kos.


===> Dalam isu kempen melalui media, Saya bersama-sama Mustafa Ali, yang menyatakan bahawa calon yang selalu menggunakan media, akan ditolak oleh muktamirin & muktamirat.

Strategi itu sama dengan Strategi Perang secara gerila- Yakni Strategi sekejap ada dan sekejap tak ada. Dalam marketing, idea ini diguna pakai bagi mengingatkan pembeli berkenaan kualiti dan brand produk.

Keputusan pemilihan terserah kepada Allah swt. Sudah menjadi tanggungjawab bagi memilih pemimpin-pemimpin yang ideal dan warak. Kepada muktamirin, Selamat mengundi!

Nasaruddin juga bukan Husam.




Monday, April 27, 2009

Terbaru berkenaan isu "Unity government"


Penulis sentiasa mengharapkan kepada percambahan idea ini terutama daripada mereka yang bergelar mahasiswa Islam. Pada hemat penulis, idea-idea yang datang daripada generasi muda memberi gambaran yang bakal terjadi pada masa hadapan.

Pandangan penulis tidaklah setepat wahyu, namun di situ masih ada kelompangan dan kekurangan. Ayuh bersama perhebatkan intelek mahasiswa!

Semalam (Ahad; 26 April 2009), Sinar harian (muka hadapan) anakanda kepada Tn Guru Nik Abd Aziz, Nik Muhammad Abduh (sila layari http://nikabduh.wordpress.com/) telah membongkarkan satu konspirasi dalaman yang pada hemat penulis amat membahayakan sebuah jemaah Islam. Penulis juga dapat menerima akan sifat dan sikap Tn Guru yang sentiasa mengamalkan huznu-zdan kepada setiap muslim.

Nabi saw ada menyebut bahawa, sangka buruk adalah seburuk-buruk perkataan.

Persoalan ada atau tidak konspirasi tentunya sudah terjawab apabila terdapat individu yang ada wibawa membangkitkan akan isu tersebut.

Jadi perkara pertama yang wajar untuk dievaluasi adalah kesatuan jemaah. Tn Guru Haji Abd Hadi bertindak menarik balik kenyataan beliau (dlm isu "unity government) dengan bersebab iaitu bagi mengutamakan (prioriti) kesatuan jemaah berbanding meneruskan idea kerjaan perpaduan tersebut. Semua perlu sedar bahawa kerajaan perpaduan berbeza dengan kerajaan campuran seperti mana yang berlaku di Israel, Thailand dan Indonesia. Contoh masa kini adalah kerajaan perpaduan yang sedang cuba diwujudkan di Palestin.

Sila layari http://rijal82.blogspot.com/ @ http://rijal82.blogspot.com/2009/03/idea-kerajaan-perpaduan-tuan-guru-abdul.html untuk percambahan idea.

Baca juga wawancara harakahdaily.net bersama Presiden PAS http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020418&Itemid=115 untuk memahami idea asal Kerajaan Perpaduan.

Saturday, April 25, 2009

Perbalahan Antara Dua Tok Guru: Dimana Hikmah dan Relevannya?

Persoalan yang dibangkitkan adalah berkenaan "unity government" atau kerajaan perpaduan seperti yang telah diutarakan oleh TG Hj Hadi Awang. Penulis tidak sempat menulis secara kemas namun lebih berkesan jika perkara tersebut diselesaikan secara tepat dan ringkas. Penulis juga menggunapakai kaedah pemikiran objektif dan intuitif yang berkisar kepada melontarkan persoalan dan mengkehendaki kepada matlamat ataupun yang disebut oleh R Covey sebagai "end-of-mind".

Objektif:

1. PAS merupakan parti yang menjunjung al-quran dan as-sunnah untuk dijadikan panduan. matlamatnya pula adalah bagi memperoleh REDHA dari Tuhan Yang maha Esa.
2. Maqasid syariah memperkenalkan konsep daruriyat, hajiat dan tahsiniyat dalam memelihara 5 matlamat iaitu agama, kehidupan, aqal, harta dan keturunan. Disitu juga terdapat Kaedah Fikhiyah.
3. Islam menganjurkan proses dakwah yang lebih mesra, menarik dan menurut sumber iaitu al-quran dan as-sunnah. Seperti yang telah ditunjukan dalam surah abasa. bagaimana Tuhan yang maha esa menegur perbuatan nabi saw membezakan kasta dalam berdakwah.

Persoalan:

1. Apakah maksud "unity government"?
2. Apa yang dikatakan tentang "tahalluf siyasi"?
3. Apakah tiada parti Islam yang menyokong "unity government" dibentuk dinegara mereka seperti HAMAS dan FATAH di palestin?
4. Kenapa tidak ada seminar khas diadakan bagi membincangkan cadangan Presiden PAS secara ilmiah? Mengapa pula PAS tidak terbuka dalam mendengar idea-idea baru?
5. Apakah UMNO bukan antara Muslim yg perlu kita islahkan? Prinsip dakwah apakah ini?
6. Mengapa isu ini timbul sehingga situasi dalam Muktamar PAS sama sahaja dengan UMNO, terutamanya segelintir pemimpin PAS sibuk melobi menjadi pemimpin tertinggi?
7. Kenapa tiada penjelasan terperinci secara akademik daripada TG Nik Abd Aziz? Sedangkan tok guru sibuk menulis buku-buku agama yang terdapat dipasaran.

Penulis menyerahkan segala-galanya kepada pembaca sekalian. Sejauh mana pandangan serta firasat berkenaan isu tersebut. pada hemat penulis, idea baru wajar dipercambah dan diperbaiki bagi menghasilkan keputusan yang cemerlang. Bukannya hanya membakulsampahkan idea tersebut. Mudah-mudahan beroleh hidayah dan petunjuk. ameen

Sunday, April 19, 2009

Tok Guru Haji Hadi Awang vs Tok Guru Haji Nik Aziz Nik Mat

Perbalahan Antara Dua Tok Guru: Dimana Hikmah dan Relevannya?

  • Insyaallah, dalam beberapa darsawarsa, penulis akan mengetengahkan pelbagai hikmah disebalik pertentangan antara pandangan Tok Guru Haji Hadi Awang dan Tok Guru Haji Nik Aziz Nik Mat. Penulis juga memohon petunjuk dan pandangan umum dari para pembaca sekalian.

  • Isu tersebut bermula apabila Tok Guru Haji Hadi mencanangkan penubuhan "unity government" diantara parti politik di Malaysia. Namun, ramai beranggapan bahawa usaha ini adalah bagi membawa PAS dan UMNO ke meja musyawarah.

  • Walaubagaimanapun, Tok Guru Haji Nik Aziz Nik Mat telah menolak cadangan tersebut tanpa dialog yang khusus berdasarkan keputusan yang telah dicapai pada Muktamar PAS yang lepas. Tindakan ini seolah-olah menafikan kedudukan dan kuasa yang ada pada seorang Presiden parti.

Sebarang pandangan boleh disalurkan ke mawaddah15@yahoo.co.uk untuk percambahan idea. Syukran alaikum.